Tindakan Pas mengubah pendirian dan
akhirnya akur dengan menyatakan bahawa kalimah Allah adalah khusus untuk Islam dan
tidak boleh diguna agama lain membuktikan mereka jahil dalam agama.
Pengasas Pondok An-Najmiyah di
Pengkalan Kubur, Kelantan, Abdullah Samah berkata tindakan itu juga membuktikan
parti pembangkang itu kurang ilmu agama dan tidak layak menjadi pemimpin.
“Berkaitan wujud pihak yang nak
membenarkan penggunaan kalimah Allah (oleh bukan Islam) dan kemudian kembali
rujuk (ubah pendirian), membuktikan kepada kita mereka (Pas) ini jahil dalam
agama, bagaimana mereka nak tegakkan Islam?.
“Bila dah ‘lekat celah pagar’
barulah nak rujuk kembali (ubah pendirian). Segalanya terbukti mereka ini
celaru, (ilmu) politik tak cukup, (ilmu) agama tak cukup,” katanya pada sidang
akhbar di sini hari ini.
Abdullah mengulas keputusan
Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas malam tadi yang memutuskan bahawa kalimah
Allah hanya untuk Islam setelah didesak pelbagai pihak termasuk mufti-mufti
negeri.
Beliau turut menyifatkan kerajaan BN,
khususnya UMNO sebagai parti yang matang kerana berjaya membangun serta
mempertahankan Islam sepanjang memerintah negara ini.
Sementara itu, Pengasas Pondok
Madrasah Ulummudiniah Al-Osmaniah, Tanjung Kapur, Jitra, Sabri Osman turut
menyatakan persetujuan beliau terhadap kenyataan Abdullah dan menegaskan bahawa
perkara itu tidak boleh dibiar kerana ia seperti menyekutukan Allah.
“Saya tidak setuju kalimah Allah ini
diberi peluang kepada kafir lebih-lebih lagi diguna dalam bible kerana ia
memberi peluang kepada mereka untuk mempersendakan Allah.
“Sesiapa syirik dengan Allah maka
haram baginya masuk syurga. Kita kena mempertahankan, jangan benarkan kafir
tindas agama Islam,” katanya. - Media Umno



No comments:
Post a Comment